Wednesday 27 November 2013

Juzuk 11



JUZUK 11. 
AL-BARAAH 94~129 
YUNUS  1~109

HUD  1~5.


AL-BARAAH 94~129
94. Mereka akan unjukkan uzur kepada kamu, tetakala kamu kembali kepada mereka, katakan lah; “jangan kamu unjukkan uzur, kami tidak akan percaya kepada kamu, kerana sesungguhnya Allah telah terangkan kepada kami hal-hal kamu, dan Allah serta Rasulnya akan buktikan amal kamu, kemudian kami akan dikembalikan kepada yang mengetahui barang azab dan yang hadir, lalu ia akan khabarkan kepada kamu, apa yang kamu sudah kerjakan.
95. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kami apabila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling dari mereka, lantaran itu, berpalinglah dari mereka, kerana sesungguhnya mereka itu kotor, dan tempat kambali mereka (ialah neraka) jahanam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.

96. Mereka akan  bersumpah kepada kamu, supaya kamu suka kepada mereka, maka kalau kamu suka kepada mereka, sesugguhnya Allah tidak suka kepada kaum yang melewati batas.
97. Orang-orang Arab gunung lebih keras (dalam) kekufuran dan kemunafikan dan lebih pantas tidak mengetahui batas-batas yang diturunkan oleh Allah kepada rasulnya,  tetapi Allah mengetahui, bijaksana.
98. Dan sebahagian daripada orang-orang Arab gunung, ada yang anggap apayang mereka belanjakan itu sebagai denda,  sambil menunggu peredaran zaman atas kamu, atas merekalah (akan jatuh) peredaran jelek, dan adalah Allah mendengar, mengetahui.
99. Dan sebahagian daripada orang-orang Arab gunung, ada yang percaya kepada Allah dan hari kemudian dan menganggap apa yang mereka belanjakan itu sebagai bakti-bakti disisi Allah dan sebagai doa dari Rasul.  Ketahuilah, sesungguhnya yang demikian, satu bakti bagi mereka, Allah akan masukkan mereka dalam rahmatnya, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
100. Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula dari antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang turut mereka dalam kebaikan itu, Allah suka kepada mereka dan mereka suka kepadanya, serta ia sediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, dengan keadan mereka kekal padanya, kerana yang demikianlah kemenangan yang besar.


101. Dan diantara orang-orang sekeliling kamu dari Arab-Arab gunung ada beberapa munafikin, dan (bagitu juga) sebahagian dari penduduk Madinah, mereka telah bisa didalam kemunafikan. Engkau tidak tahu mereka, kami kenal mereka, kami akan azab mereka dua kali, kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab  yang besar.
102. Dan yang sebahagian lain nya mengakui akan dosa-dosa mereka, mereka campurkan amal yang baik dengan yang jelek, mudahan Allah ampunkan mereka, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, panyayang.
103. Ambillah dari harta-harta mereka sedekah-sedekah yang engkau bersihkan mereka dan sucikan mereka dengan nya, dan doakan lah mereka, kerana sesungguhnya doa mu (adalah) satu ketenteraman bagi mereka, kerana Allah itu mendengar, mengetahui.
104. Tidak mereka tahu, bahawa Allah menerima taubat dari hamba-hamba nya dan ia mengambil sedekah-sedekah, dan bahawa sesungguhnya Allah itu, ialah penerima taubat, penyayang ? 
105. Dan katakan lah; “ beramallah, kerana nanti Allah dan Rasul nya dan  mukmin buktikan amal kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada yang tahu barang ghaib dan barang yang hadir, lalu ia terangkan kepada kamu apa yang kamu sudah kerjakan.
106. Dan orang-oranng yang lain itu, dimundurkan kepada urusan Allah, mahu pun ia azab mereka atau pun ia beri ampun kepada mereka, kerana Allah itu mengetahui, bijaksana.
107. Dan  (bagitu juga) mereka yang adakan masjid untuk menganggu, kerana kufur dan untuk memecah belahkan mukmin dan sebagai tempat intipan bagi orang yang dahulu telah memerangi Allah dan Rasul nya, tetapi mereka akan bersumpah; “tidaklah kami mahukan, melainkan  kebaikan” pada hal Allah saksikan, bahawa sesungguhnya mereka itu, orang-orang yang berdusta.
108. Janganlah engkau sembahayang padanya selamanya (kerana) masjid (mu) yang didirikan atas (dasar) takwa pada mula-mula nya, lebih patut engkau sembahayang padanya, didalam nya ada beberapa orang laki-laki yang suka supaya mereka jadi bersih, dan Allah suka kepada orang-orang yang bersih.
109. Maka apakah orang yang diberikan pendirian (masjid) nya atas (dasar) takwa kepaaa Allah dan (kerana) keredaan itu, lebih baik, ataukah orang yang diberikan pendirian nya atas tepi jurung yang dalam, lalu pendirian itu membawa dia jatuh kedalam api neraka ? dan Allah tidak akan  pimpin orang-orang yang zalim.
110. Sentiasa pendirian mereka yang mereka dirikan, (jadi) ragu-ragu dalam hati-hati mereka, kecuali (apabila) hancur hati-hati mereka, dan Allah itu mengetahui, bijaksana.


111. Sesungguhnya Allah telah mebeli dari mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan (balasan), bahawa adalah bagi mereka syurga, (iaitu hendaklah) mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu  perjanjian yang benar ditentang itu (yang tersebut) dalam Taurat dan Injil dan Quran, kerana bukankah tidak ada yang sempurna janjinya lebih daripada Allah ?  lantaran itu, bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepadanya, kerana yang demikian, ialah bahagia yang besar.
112. (Iaitu) orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan, dan yang melarang daripada kejahatan, dan yang menjaga batas-batas (larangan) Allah, dan gembirakanlah mukmin.
113. Tidak boleh Nabi dan orang-orang yang beriman, mintakan ampun bagi musrikin, walau pun mereka itu kaum kerabat yang hampir, sudah terang bagi mereka, bahawa mereka (yang musrikin) itu ahli neraka.
114. Dan tidaklah ada astarafal (minta ampun) Ibrahim buat bapanya, melainkan kerana perjanjian yang ia janjikan kepadanya, tetapi tetakala ternyata baginya, bahawa bapanya musuh bagi Allah, maka ia berlepas diri daripadanya, sesungguhnya  Ibrahim itu, pengasihan, sabar.
115. Dan tidak sekali-kali Allah menyesatkan sesuatu kaum, sesudah ia pimpin mereka, kecuali setelah ia terangkan kepada mereka apa yang  mesti jauhi (lalu mereka langar), kerana sesungguhnya Allah mengetahui taip-tiap sesuatu.
116. Sesungguhnya Allah, baginya lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia menghidupkan dan mematikan, dan tidak ada bagi kamu selain dari Allah, penjaga dan tidak penolong.
117. Sesungguhnya Allah telah ampunkan Nabi dan Muhajirin dan Ansar yang ikut dia pada waktu kesusahan, sesudah hampir terbalik hati-hati segolongan dari mereka, kemudian Allah terima taubat mereka, kerana sesungguhnya ia pengasih, penyayang kepada mereka.
118. Dan (Allah ampunkan juga) orang yang ditinggalkan hingga diwaktu sempit bumi ini bagi mereka, pada hal ia bagitu luas, dan sempit (pula) atas mereka hati-hati mereka, serta mereka sangka, bahawa  tidak ada tempat lari dari Allah, melainkan kepadanya, kemudian Allah terima taubat mereka, supaya mereka kembali (berbuat baik), kerana sesungguhnya Allah, ialah penerima taubat, penyayang.
119. Hai orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah dan masuklah dalam golongan orang-orang yang benar.
120. Tidak (patut) penduduk Madinah dan orang-orang yang  sekeliling mereka dari Arab-Arab gunung, ketingalan dari Rasul Allah, dan tidak (patut) mereka jauhkan diri-diri mereka dari dirinya, yang demikian (ialah) kerana tidak akan mengenai mereka dahaga dan tidak penat dan tidak lapar dijalan Allah dan tidak mereka menginjak tempat yang bisa membikin orang-orang kafir marah dan tidak mereka dapat apa-apa kepayahan dari musuh, melainkan ditulis bagi mereka, lantaran itu, (ganjaran) amal yang soleh, kerana sesungguhnya Allah tidak sia-sia kan ganjaran orang-orang yang berbuat kebaikan.


121. Dan tidak mereka belanjakan satu belanja yang kecil dan tidak yang besar dan tidak  mereka melintas satu lembah, melainkan ditulis (ganjaran) bagi mereka, kerana Allah mahu balas mereka dengan (balasan) yang lebih baik dari  apa yang mereka kerjakkan.
122. Dan tidak patut orang-orang mukmin keluar semuanya, tetapi alangkah baiknya jika keluar sebahagian (sahaja) dari tiap golongan dari mereka supaya mereka menerima pelajaran tentang agama, lalu mereka ancam kaum merkea apabila mereka kembali kepada mereka supaya mereka bisa hati-hati.
123. Hai orang-orang yang beriman ! perangilah mereka yang sekeliling kamu dari kafir-kafir, dan hendaklah mereka dapati ada kekerasan pada kamu, dan ketahuilah, bahawa seusngguhnya Allah bersama orang-orang yang berbakti.
124. Dan apabila diturunkan satu surat, maka dari antara mereka (yang munafik), ada yang bertanya; “siapakah dari antara kamu yang ditambah imannya oleh (surat) ini ?” maka adapun orang-orang yang beriman, bertambahlah iman mereka, sambil mereka merasa girang.
125. Dan ada pun orang-orang yang dalam  hati-hati mereka ada penyakit, maka bertambah kekotoran atas kekotoran mereka itu, dan mereka mati, pada hal mereka tidak percaya.
126. Dan tidak mereka perhatikan, bahawa mereka dicoba pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua  kali, kemudian mereka tidak (juga) mahu taubat dan tidak mereka mahu ingat ?
127. Dan apabila diturunkan satu surat, maka sebahagian dari mereka melihat kepada sebahagian (sambil berkata); “adakah siapa-siapa melihat kamu ?” kemudian mereka berpaling pergi, Allah palingkan (pula) hati-hati mereka, kerana sesungguhnya mereka itu satu kaum yang tidak mengerti.
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu  seorang Rasul dari antara kamu, berat baginya apa yang kamu susahkan, (ia)  sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (ia) pengasih, panyayang kepada mukmin.
129. Maka sekiranya mereka berpaling katakanlah; “cukup Allah bagiku, tidak ada tuhan melainkan dia, kepadaNya lah aku berserah diri, dan ia itu yang mempunyai aras yang besar.


{10}  
YUNUS
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang. 

1. Alif Laam Raa, ini ayat-ayat dari kitab yang bijaksana.
2. Apakah manusia hairan, bahawa kami telah wahyukan kepada seorang laki-laki dari antara  mereka, iaitu; “ancamlah manusia, dan girangkan lah orang-orang yang beriman bahawa bagi mereka ada persediaan kebenaran pada sisi Tuhan mereka”, orang-orang kafir itu berkata; “sesungguhnya ini satu ahli sihir yang nyata”.
3. Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dalam enam hari, kemudian  ia bersemayam atas aras, mengurus urusan nya, tidak ada siapa pun yang bisa menolong, melainkan sesudah izin nya, itulah Allah, Tuhan kamu, lantaran itu, sembahlah dia,  maka apakah kamu tidak mahu ingat ?
4. Kepadanya lah tempat kembali kamu sekelian sebagai perjanjian Allah yang benar,  sesungguhnya ia jadikan makhluk, kemudian ia kembalikan dia, untuk ia balas mereka yang beriman dan yang mengerjakan amal soleh dengan adil, dan orang-orang yang tidak  percaya, adalah bagi mereka minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih, dengan sebab mereka telah kufur.
5. Ialah yang jadikan matahari terang dan bulan bercahaya, dan ia tentukan perjalanan nya, supaya kamu tahu bilangan tahun-tahun dan perhitungan, tidak Allah jadikan itu semua melainkan dengan kebenaran, ia terang-terang kan tanda-tanda nya bagi kaum yang mahu tahu.
6. Sesungguhnya ditentang pertukaran malam dan siang, dan ditentang apa yang dijadikan oleh Allah dilangit-langit dan dibumi, ada beberapa tanda bagi kaum yang mahu berbakti.
7. Sesungguhnya  orang-orang yang tidak percaya akan pertemuan kamu, dan suka kepada penghidupan dunia serta tenteram dengan nya, dan orang-orang yang lalai dari (memikirkan) ayat-ayat kami.
8. Maka mereka itu, tempat mereka ialah api neraka dengan sebab apa  yang mereka telah usahakan.
9. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, Tuhan mereka pimpin mereka lantaran iman mereka, mengalir dekat mereka beberapa sungai disyurga-syurga kesenangan.
10. Doa mereka dalam (syurga-syurga) itu,  (ialah); “maha suci engkau, Hai Tuhan !” dan pujian mereka padanya; “sejahtera ! “ dan akhir doa mereka; “bahawa sekelian pujian kepunyaan Allah, pengurus bagi sekelian makhluk”.


11. Dan kalau Allah bersegera (mengkabulkan) bagi menusia (permintaan) kejahatan sebagaimana mereka terburu-buru meminta kebaikan, nescaya dihabiskan ajal mereka. Tetapi kami biarkan orang-orang yang tidak percaya kepada pertemuan kami itu bingong didalam kesesatan mereka.
12. Dan apabila kesusahan mengenai manusia, ia berdoa kepada kami sambil berbaring atau duduk atau berdiri, maka tetakala kami hilangkan daripadanya kesusahan nya, ia berjalan seolah-olah ia tidak pernah berdoa kepada kami buat menghilangkan kesusahan yang mengenainya, demikianlah ditempatkan baik kepada orang-orang yang melewati batas atas apa yang mereka kerjakan.
13. Dan sesungguhnya kami telah binasakan beberapa kaum sebelum kamu, tetakala mereka berlaku aniaya, dan telah datang kepada mereka Rasul-Rasul mereka (dengan membawa)  keterangan-keterangan, tetapi mereka tidak mahu percaya, demikianlah kami balas kaum yang berdusta.
14. Kemudian kami jadikan kamu pengganti dibumi sesudah mereka untuk kami buktikan bagaimana kamu bekerja.
15. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat kami yang terang-terang, maka orang-orang yang tidak percaya kepada pertemuan dengan kami berkata; “bawalah Quran selain dari ini atau gantilah dia”.  Katakanlah; “tidak ada hak bagi mu akan mengubah dia dengan kemahuan diri ku sendiri, kerana aku tidak ikut, melainkan apa yang  diwahyukan kepada ku, Sesungguhnya aku takut – jika aku derhaka kepada Tuhan ku --- azab hari yang besar”.
16. Katakanlah; “kalau Allah  mahu, tentu aku tidak bacakan dia kepada kamu dan tidak ia unjukkan (Quran) ini kepada kamu, sesungguhnya aku sudah tinggal diantara kamu satu masa yang panjang sebelum ini, tidakkah mahu kamu fikirkan ?”.
17. Lantaran itu, bukankah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang adakan dusta atas nama Allah atau yang dusta ayat-ayat nya ? sesungguhnya tidak lah berbahagia orang-orang yang berdusta itu.
18. Dan mereka sembah selain daripada Allah, suatu yang  tidak bisa memberi manfaat kepada mereka, tetapi merka berkata; “mereka itu penolong-penolong kami pada sisi Allah”. Katakan; “apakah kamu mahu terangkan kepada Allah  apa yang ia tidak tahu dilangit-langit dan dibumi?” maha suci ia, dan maha tinggi ia dari apa yang mereka sekutukan.
19. Dan tidak ada manusia itu diahulunya, melainkan umat yang satu, lalu mereka berselisihan, dan  kalau tidak terdahulu kalimat dari Tuhan mu, nescaya diberi keputusan antara mereka tentang apa  yang mereka perselisihkan.
20. Dan mereka berkata; “mengapakah tidak diturunkan atasnya satu mukzizat dari Tuhan nya ?” maka katakan lah; ”sesungguhnya barang ghaib itu hanya bagi Allah, oleh kerana itu, tunggulah, sesungguhnya aku bersama kamu daripada orang-orang yang menunggu”.


21. Dan apabila kami rasakan manusia satu rahmat sesudah bahaya  yang mengenai mereka, tiba-tiba ada pada mereka tipu daya tentang ayat-ayat kami, katakan lah; “Allah lebih lekas (membalas) tipu daya, sesungguhnya utusan-utusan kami menulis tipu  daya yang kamu kerjakan”.
22. Ialah yang jalankan kamu didarat dan dilaut sehingga apabila kamu ada dalam kapal-kapal, dan kapal-kapal itu berjalan membawa mereka dengan angin yang baik, dan mereka pun senang dengan itu, (tiab-tiba)  datanglah kepadanya angin yang keras dan datanglah  (pula) kepada mereka ombak dari taip-tiap jurusan serta mereka sangka, bahawa mereka diliputi oleh bahaya maka berdoalah mereka kepada Allah dengan mengikhlaskan doa kepadanya; “jika engkau selamatkan kami dari bahaya ini, nescaya jadilah kami  daripada orang-orang yang berterima kasih (kepada mu)”.
23. Tetapi sesudah ia selamatkan mereka, tiba-tiba mereka melewati batas dibumi dengan tidak benar. Hai manusia ! sesungguhnya kejahatan kamu itu, tidak lain melainkan (bacaan) atas diri-diri kamu sendiri, (iaitu)  perhiasan penghidupan dunia, kemudian kepada kamilah tempat kembali kamu, maka kami akan terangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.
24. Perbandingan kehidupan dunia, tidak lain, melainkan seperti air yang kami turunkan dari langit, lalu bercampur dengan dia tumbuh-tumbuhhan bumi dari benda-benda yang dimakan oleh manusia dan binatang-binatang, hingga apabila bumi menampak kan kebagusan nya dan terhias ia, serta disangka oleh penanam-penanam nya, bahawa mereka bisa mengambilnya, datanglah hukuman kami pada waktu malam atau siang, lalu kami jadikan dia habis seolah-olah kelmarin ia tidak ada, demikian lah kami terang-terang kan (kebesaran) kami bagi kaum yang mahu berfikir.
25. Dan Allah menyeru (mereka) kepada tempat keselamatan dan ia pimpinan siapa yang ia kehendaki kejalan yang lurus.
26. Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan itu (disediakah) kebaikan dan tambahan, serta muka-muka mereka tiada tertutup dangan kehitaman dan tidak kehinaan, mereka itu lah ahli syurga yang mereka akan kekal padanya.
27. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan-kejahatan (adalah) balasan kejahatan(nya) sebanding dengan itu, dan akan mengenai mereka kehinaan, tidak ada bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah.  Seolah-olah ditutup muka-muka mereka dengan beberapa potong dari gelap malam yang gelita, mereka itu lah ahli neraka yang didalam nya mereka akan kekal.
28. Dan (ingatlah) pada hari kami himpunkan mereka semua, kemudian kami akan berkata kepada orang-orang musrikin; “tinggal lah ditempat kamu (sekarang), kamu dan sekutu-sekutu kamu”, lalu kami pisahkan antara mereka, dan berkata sekutu mereka; “tidak pernah kamu sembah kami”.
29. “Maka cukuplah Allah sebagai saksi antara kami dan kamu, iaitu bahawa sesungguhnya kami tidak tahu persembahan kamu (kepada kami)”.
30. Disanalah akan merasa tiap-tiap jiwa apa yang ia telah kerjakan, kerana dikembalikan mereka kepada Allah, penolong mereka yang sebenarnya, serta hilanglah dari mereka apa yang mereka telah ada-adakan.


31. Tanyalah; “siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi ? atau siapakah yang menguasai pendengaran dan pandangan-pandangan ? dan siapakah yang keluarkan barang yang hidup dari yang mati dan keluarkan barang mati dari yang hidup ? dan siapakah yang mengatur urusan-urusan itu ? “. Maka mereka akan berkata; “Allah”, maka katakanlah; “oleh itu, apakah kamu tidak mahu berbakti ?”.
32. Yang demikian ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya, maka bukankah sesudah kebenaran, tidak ada lain, melainkan kesesatan ? lantaran itu, kemanakah kamu akan dipalingkan ? “.
33. Demikianlah berlaku kalimat Tuhan mu atas orang-orang yang melewati batas, iaitu bahawa sesungguhnya mereka tidak akan beriman.
34. Tanyalah: “adakah dari antara sekutu-sekutu kamu , siapa-siapa yang bisa jadikan makhluk, kemudian bisa kembalikan dia?” katakan lah; “Allah lah yang menjadikan makhluk, kemudian ia akan kembalikan dia, lantaran itu, bagaimanakah kamu hendak dipalingkan ?”
35. Tanyalah; “adakah dari antara sekutu-sekutu kamu itu siapa-siapa yang bisa memimpin kepada kebenaran?” katakan lah; “Allah lah yang memimpin kepada kebenaran. Maka apakah yang memimpin kepada kebenaran itu, lebih patut diturut atau kah yang tidak bisa memimpin kecuali sesudah dipimpin ? mengapakah kamu (bagitu)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?”
36. Dan kebanyakan dari mereka tidak ikut,  melainkan sangkaan, sesungguhnya sangkaan itu, sedikit pun tidak bisa mengalahkan kebenaran, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.
37. Dan tidaklah Quran ini (suatu yang) bisa diada-adakan oleh selain dari Allah, tetapi (adalah ia) sebagai mencucuki khabaran (kitab) yang sebelumnya adalah sebagai menerangkan kewajiban, tidak ada syak padanya, (yang ia) dari Tuhan bagi sekelian makhluk.
38. Ataukah mereka mahu berkata; “ia yang mengadakan itu ?” katakan lah; “bikinlah satu surah seperti ini dan panggil lah siapa-siapa yang kamu bisa panggil selain dari Allah, jika memang kamu orang-orang yang benar”.
39. Bahkan mereka dustakan apa yang mereka belum tahu betul-betul dan belum datang kepada mereka pengetahuan tentang akibatnya, demikianlah orang-orang sebelum mereka dusta kan, maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melewati batas !
40. Dan sebahagian dari mereka ada yang percaya kepadanya, dan sebahagian dari mereka ada yang tidak percaya kepadanya, tetapi Tuhan mu lebih mengetahui orang-orang yang bebuat kebenaran.


41. Dan jika mereka dustakan mu, maka katakanlah; “ bagi ku lah amal ku, dan bagi kamu lah amal kamu, kamu berlepas diri dari apa yang aku kerjakan, dan aku (pun) berlepas diri dari apa yang kamu kerjakan.
42. Dan sebahagian dari mereka ada yang datang mendengarkan (ajaran) mu, tetapi apakah engkau bisa bikin mendengar orang-orang yang tuli, walau pun mereka tidak mahu fikirkan ?
43. Dan sebahagian dari mereka ada yang melihat kepada mu, maka apakah engkau bisa pimpin orang-orang yang buta, walau pun mereka tidak mahu melihat ?
44. Sesungguhnya Allah tidak menganiyai manusia sedikit pun, tetapi manusia menganiyai diri-diri mereka sendiri.
45. Dan pada hari yang ia akan himpunkan mereka, (merasa lah) mereka seolah-olah mereka tidak tinggal (dikubur) melainkan satu saat dari siang, mereka akan berkenal-kenalan antara mereka, sesungguhnya rugi orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah dan bukanlah mereka orang-orang yang terpimpin.
46. Dan jika kami unjukkan kepada mu sebahagian dari (seksa) yang kami janjikan kepada mereka atau kami terima (jiwa) mu maka kepada kamilah tempat kambali mereka, kemudian Allah jadi saksi atas apa yang mereka kerjakan.
47. Dan bagi tiap-tiap umat ada rasulnya, maka apabila datang Rasul mereka, dihukumkan antara mereka dengan adil dan mereka tidak dianiayai.
48. Dan mereka bertanya; “kapankah akan (terjadi) perjanjian ini, jika memang kamu orang-orang yang benar?”
49. Katakan lah; “aku tidak memiliki bagi diriku bahaya dan tidak menafaat, melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah, tiap-tiap umat ada ajalnya, apabila datang ajal mereka, maka tidak bisa mereka minta diundurkan sesaat dan tidak bisa mereka minta dimajukan”.
50. Katakan lah; “tidak kah kamu fikirkan (bagaimana dasyatnya) jika datang kepada kamu azabnya pada waktu malam atau siang?” apakah yang diminta lekas oleh orang-orang yang berdusta itu ?


51. “Apakah kemudian, apabila sudah  kejadian, kamu akan percaya kepadanya ?  sekarangkah ? pada hal sesungguhnya kamu telah minta dilekaskan dia”.
52. Kemudian akan dikatakan kepada orang-orang yang zalim; “rasakan lah azab yang kekal, bukankah kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah usahakan?” .
53. Dan mereka akan bertanya kepada mu; “apakah betul ia ?” katakan lah; “ya, demi Tuhan ku, sesunguhnya ia itu betul dan  kamu tidak bisa terlepas (daripadanya)”.
54. Dan jika (diandaikan) tiap-tiap jiwa yang zalim  memiliki sekelian apa yang ada dibumi, tentu ia (suka ia)  jadikan dia penebus, dan mereka sembunyikan sesalan mereka, tetapi mereka lihat azab, tetapi dihukum antara mereka dengan adil dan mereka tiak dianyanyai.
 55. Ketahuilah, bahawa bagi Allah lah apa yang ada dilangit-langit dan dibumi, dan ketahuilah bahawa perjanjian Allah itu betul, tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
56. Ialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadanyalah kamu akan dikembalikan.
57. Hai manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu nasihat dari Tuhan kamu dan dan penawar bagi (penyakit) yang ada dalam dada-dada  (kamu)  dan (telah datang) pimpinan serta rahmat bagi orang-orang mukmin.
58. Katakan lah; “dengan kurnia Allah dan dengan rahmatnya”, maka dengan itulah hendak nya  mereka bergirang, ia itu lebih baik dari  apa yang mereka kumpulkan.
59. Katakan lah; “bagaimanakah fikiran kamu (tentang) apa yang diturunkan oleh Allah bagi kamu daripada kurnianya, lalu kamu jadikan dari antaranya haram dan halal ?” katakan lah; “adakah Allah izinkan kamu atau kah kamu berdusta atas nama Allah ? “.
60. Dan apakah sangkaan orang-orang yang ada-ada kan dusta atas nama Allah tentang hari kiamat ? sesungguhnya Allah yang mempunyai kurnia atas manusia, tetapi kebanyakan dari mereka tidak berterima kasih.


61. Dan tidak engkau ada dalam satu urusan dan tidak engkau  baca satu bacaan dari (Quran) itu dan tiak kamu kerjakan satu amal, melainkan adalah kami jadi saksi atas kamu, tetakala kamu tertarik kepadanya, dan tidak terluput dari Tuhan mu (amal mu)  sebesar biji sawi dibumi dan tidak dilangit, dan tidak yang lebih kecil dari itu, dan tidak yang lebih besar, melainkan (tertulis) dalam kitab yang nyata.
62. Ketahuilah ! sesungguhnya pembantu-pembantu Allah, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berduka cita.
63. (iaitu) orang-orang yang beriman dan adalah mereka orang-orang yang berbakti.
64. Bagi merekalah kegembiraan dipenghidupan dunia dan akhirat, tidak ada perubahan bagi perjanjian-perjanjian Allah, yang demikian itulah kebahagian yang besar.
65. Dan janganlah omongan mereka itu menyusahkan mu, kerana sesugguhnya kemuliaan itu sekeliannya kepunyaan Allah, ialah yang mendengar,  yang mengetahui.
66. Ketahuilah! Sesungguhnya kepunyaan Allah lah apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa-apa yang ada dibumi, dan orang-orang yang meminta kepada yang lain dari Allah itu tidak menurut sekutu-sekutu, tidak mereka turut,  melainkan sangkaan, dan tidak lain mereka itu melainkan orang-orang yang menduga-duga.
67. Ialah yang jadikan bagi kamu malam, antara kamu bersenang-senang padanya, dan (ia jadikan) siang itu terang, sesungguhnya pada yang demikian itu ada beberapa tanda bagi kaum yang mahu mendengar.
68. Mereka berkata; “Allah mempunyai anak”, maha suci ia, ialah yang maha kaya, baginya lah apa-apa yang ada dilangit-langit dan dibumi, tidak ada disisi kamu, keterangan tentang itu, apakah patut kamu berkata terhadap Allah, apa yang kamu tidak tahu ?
69. Katakan lah; “sesungguhnya orang-orang yang ada-adakan  dusta atas nama Allah, tidak akan mendapat kemenangan”.
70. (itu hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada kamilah tempat kambali mereka, kemudian kami akan rasakan kepada mereka azab yang pedih, lantaran kekufuran mereka.


71. Dan bacakan lah kepada mereka khabar Nuh, tetakala ia berkata kepada kaum nya; “ hai kaum ku ! jika adalah kedudukan ku dan peringatan ku dengan ayat-ayat Allah, berat atas kamu, maka kepada Allah lah aku berserah diri, lantaran itu, tetapkan lah urusan kamu dan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu itu (jadi) ragu-ragu buat kamu, kemudian sempurnakan lah (maksud kamu itu) kepada  ku, dan janganlah kamu beri tempoh kepada ku”.
72. “Maka kalau kamu berpaling, tidaklah aku akan minta upah dari kamu, (kerana) tidak ada upah ku melainkan terserah kepada Allah, kerana aku diperintah supaya aku jadikan seorang dari orang-orang yanbg menyerah diri”.
73. Tetapi mereka dustakan dia, lalu kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama nya dalam kapal itu, dan kami jadikan mereka khalifah-khalifah, serta kami tenggelamkan  orang-orang yang mendustakan ayat-ayat  kami, lantaran itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang diancam. 
74. Kemudian kami utuskan sesudahnya, beberapa rasul kepada kaum masing-masing,  maka mereka datang kepada mereka itu dengan (membawa)  keterangan-keterangan, tetapi tidak (juga) mereka mahu beriman kepada apa yang (orang-orang tua) mereka dustakan dahulu, demikianlah kami tutup hati-hati mereka yang melewati batas.
75. Kemudian kami utus sesudah mereka, Musa dan Harun kepada Firaun dan kaumnya dengan (membawa) ayat-ayat kami, tetapi mereka sombong, kerana adalah mereka itu kaum yang berdusta.
76. Iaitu tetakala datang kepada mereka kebenaran dari kami, mereka berkata; “sesungguhnya ini satu sihir yang nyata”.
 77. Musa berkata; “adakah patut kamu berkata tentang hak yang datang kepada kamu itu (sihir) ? Apakah ini sihir ?  pada hal tidak lah akan menang ahli-ahli sihir”.
78. Mereka bertanya; “apakah engkau datang kepada kami untuk memalingkan kami dari (agama) yang kami dapati bapa-bapa kami  (memeluknya), dan supaya ada bagi kamu berdua kebesaran dibumi ? dan tidaklah kami akan percaya kepada kamu berdua”.
79. Dan berkata Firaun; “bawalah kepada ku tiap-tiap ahli sihir yang pintar”.
80. Maka tetakala datang ahli-ahli sihir, Musa berkata kepada mereka; “mulai lah apa yang kamu mahu mulai”.


81. Maka tetakala mereka mulai, Musa berkata;  “apa yang kamu bawa itu sihir, sesungguhnya Allah akan batalkan dia, (kerana)  sesungguhnya Allah tidak membaguskan amal orang-orang yang membuat bincana”.
82. “Dan Allah membenarkan barang yang benar dengan kalimat-kalimat nya, walau pun dibenci  oleh orang-orang yang berdusta”.
83. Maka tidaklah beriman kepada Musa, melainkan anak cucu dari kaumnya dengan takut kepada Firaun dan kaumnya, yang ia akan fitnahkan mereka, kerana sesungguhnya firaun berkuasa dibumi dan sesungguhnya ia itu dari mereka yang melewati batas.
84. Dan musa berkata; “hai kaum ku ! jika (benar) kamu beriman kepada Allah, maka kepadanya lah hendaklah kamu berserah diri, jika betul-betul kamu orang-orang yang menyerahkan diri”.
85. Lalu mereka berkata; “Kepada Allah lah kami berserah diri, hai Tuhan kami ! janganlah engkau jadikan kami percubaan bagi  kaum yang zalim”.
86. Dan selamatkan lah kami, dengan rahmat mu, dari kaum yang kafir”.
87. Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya; “hendaklah kamu berdua bikinkan bagi kaum kamu beberapa rumah di Mashar, dan jadikan lah rumah-rumah kamu kiblat, dan dirikan sembahayang, dan gembirakan lah orang-orang yang beriman”.
88. Dan Musa berkata; “hai Tuhan kami ! sesungguhnya engkau telah beri kepada firaun dan kaumnya, perhiasan dan harta dalam penghidupan dunia, hai Tuhan kami ! (pemberian mu itu) akibatnya untuk menyesatkan (manusia)  dari jalan mu, Hai Tuhan kami ! binasakan lah harta-harta mereka dan keraskan lah hati-hati mereka, supaya mereka tidak percaya, sehingga mereka lihat azab yang pedih”.
89. Allah berfirman; “Sesungguhnya telah diperkenankan permintaan kamu berdua, lantaran itu, hendaklah kamu berdua tetap dijalan yang lurus dan janganlah kamu beruda turut jalan orang-orang yang tidak tahu”.
90. Dan kami telah jadikan Bani Isreal menyeberangi lautan itu, lalu  firaun dan bala tentera nya ikut mereka kerana  hendak menzalami dan hendak melewati batas, sehingga apabila ia hampir tenggelam, ia berkata; “aku beriman, bahawa tidak ada Tuhan, melainkan yang dipercayai oleh bani Isreal dan aku ini dari golongan orang-orang menyerah diri”.


91. “Apakah sekarang (engkau mahu beriman), pada hal sesungguhnya engkau telah derhaka dahulu, dan adalah engkau dari golongan orang-orang yang berbuat bincana?”
92. “Maka pada hari ini, kami selamatkan kamu dengan badan mu untuk jadi tanda bagi orang yang dibelakang mu”, tetapi kebanyakan manusia lalai dari ayat-ayat kami.
93. Dan sesungguhnya kami telah tempatkan bani Isreal ditempat yang patut dan kami telah kurniakan mereka beberapa barang baik, maka tidaklah mereka berselisihan, sehingga datang kepada mereka pengetahuan,  sesungguhnya Tuhan mu akan menghukum antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka selisihkan.
94. Maka jika engkau didalam syak tentang apa yang kami turunkan kepada mu, tanyalah orang-orang yang membaca kitab (agama) sebelum mu, sesungguhnya telah datang kepada mu kebenaran dari Tuhan mu,  oleh kerana itu, janganlah engkau jadi dari (golongan) mereka yang ragu-ragu.
95. Dan janganlah engkau termasuk golongan yang dustakan ayat-ayat Allah, kerana nanti engkau jadi dari orang-orang yang rugi.
96. Sesungguhnya orang-orang yang telah (jatuh) atasnya putusan Tuhan mu itu, tidak akan beriman.
97. Walau pun datang kepada mereka tiap-tiap, tanda sehingga mereka lihat azab yang pedih.
98. Maka bukankah tidak ada (penduduk) satu negeri  beriman lalu iman nya itu memberi manfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus ?  tetakala mereka beriman, kami  angkat dari mereka azab kehinaan dipenghidupan dunia dan kami senangkan mereka sampai satu masa.
99. Dan jika dikehendaki olah Tuhan mu, tentu beriman semua manusia yang ada dibumi, lantaran itu patutkah engkau hendak paksa manusia sampai mereka jadi mukmin ?
100. Dan tidaklah  seseorang akan beriman, melainkan dengan izin Allah, dan ia adakan seksaan atas mereka yang tidak mahu fikirkan.


101. Katakan lah; “fikirkan lah apa yang ada dilangit-langit dan bumi, kerana tidak lah berguna tanda-tanda dan ancaman-ancaman bagi kaum yang tidak mahu percaya”.
102. Maka bukan kah mereka tidak menunggu melainkan (seksaan) sebagaimana kejadian-kejadian (atas kaum) yang telah terdahulu sebelum mereka ? katakan lah; “tunggulah ! sesungguhnya aku bersama kamu dari golongan orang-oranng yang menunggu”.
103. Kemudian kami akan selamatkan  Rasul-Rasul kami dan orang-orang beriman, demikianlah wajib atas kami menyelamatkan mukmin.
104. Katakan lah; “hai manusia ! jika adalah kamu didalam syak tentang agama ku, (tidaklah aku peduli), lantaran itu, aku tidak akan sembah mereka yang kamu sembah selain dari Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya sampai termasuk dalam (golongan) mukmin”.
105. “Dan (aku diperintah): “hadapkan lah, muka mu kepada agama itu dengan ikhlas, dan janganlah engkau termasuk (golongan) musrikin”.
106. Dan janganlah engkau seru –- selain dari Allah –-  apa yang tidak bisa membei menafaat kepada mu dan tidak bisa mensyaratkan mu, oleh kerana itu, jika engkau kerjakan, maka sesungguhnya engkau diwaktu itu, dari (golongan) orang-orang yang zalim.
107. Dan jika Allah kenakan bahaya kepada mu, maka tidaklah ada yang bisa melepaskan nya melainkan dia, dan jika ia  mahukan kebanyakan bagi mu, maka tidaklah ada yang  bisa tolak kurnianya, ia kenakan (kebanyakan)  kepada siapa yang ia kenhendaki antara hamba-hamba nya, kerana ialah pengampun, penyayang.
108. Katakan lah; “ hai manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu, lantaran itu, barang siapa mengambil petunjuk, maka tidak ia mengambil pertunjukan melainkan untuk dirinya sendiri, dan barang siapa sesat maka sesungguhnya ia sesat buat kecelakaan dirinya, dan bukanlah aku penjaga atas kamu”.
109. Dan turutlah yang diwahyukan kepada mu , dan sabarlah hingga Allah menghukum, kerana ia itu sebaik-baik penghukum.



{11}  
HUD
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Alif Laam Raa, (inilah satu) kitab yang dibereskan ayat-ayat nya, kemudian diterang-terangkan dia, yang (datangnya) dari (Tuhan) yang bijaksana, yang amat mengetahui.
2. “Bahawa janganlah kamu sembah, melainkan Allah, sesungguhnya aku ini, pengancam dan pengemar bagi kamu daripadanya”.
3.”Dan hendaklah kamu minta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah kepada nya, tentu ia akan beri kepada kamu satu kesenangan yang baik hingga satu  masa yang tertentu, dan tentu ia berikan ganjaran nya kepada tiap-tiap  orang yang mempunyai kebaikan dan jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut (dikenakan) atas kamu azab hari yang besar”.
4. “Kepada Allah lah tempat kambli kamu, dan ia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
5. Ketahuilah, sesungguhnya mereka palingkan dada-dada mereka untuk bersembunyi daripadanya, ketahuilah bahawa waktu mereka pakai pakaian mereka, ia tahu apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka terangkan, kerana sesungguhnya ia mengetahui apa yang ada didalam dada-dada. 
 
 
[Previous Site][Next Site][Home]