JUZUK 11.
AL-BARAAH 94~129
YUNUS 1~109
HUD 1~5.
AL-BARAAH 94~129
YUNUS 1~109
HUD 1~5.
AL-BARAAH 94~129
94. Mereka akan unjukkan uzur kepada kamu, tetakala
kamu kembali kepada mereka, katakan lah; “jangan kamu unjukkan uzur, kami tidak
akan percaya kepada kamu, kerana sesungguhnya Allah telah terangkan kepada kami
hal-hal kamu, dan Allah serta Rasulnya akan buktikan amal kamu, kemudian kami
akan dikembalikan kepada yang mengetahui barang azab dan yang hadir, lalu ia
akan khabarkan kepada kamu, apa yang kamu sudah kerjakan.
95.
Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kami apabila kamu kembali kepada
mereka, supaya kamu berpaling dari mereka, lantaran itu, berpalinglah dari
mereka, kerana sesungguhnya mereka itu kotor, dan tempat kambali mereka (ialah
neraka) jahanam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
96. Mereka akan bersumpah kepada
kamu, supaya kamu suka kepada mereka, maka kalau kamu suka kepada mereka,
sesugguhnya Allah tidak suka kepada kaum yang melewati batas.
97. Orang-orang Arab gunung lebih keras (dalam) kekufuran dan kemunafikan dan lebih pantas tidak mengetahui batas-batas yang diturunkan oleh Allah kepada rasulnya, tetapi Allah mengetahui, bijaksana.
98. Dan sebahagian daripada orang-orang Arab gunung, ada yang anggap apayang mereka belanjakan itu sebagai denda, sambil menunggu peredaran zaman atas kamu, atas merekalah (akan jatuh) peredaran jelek, dan adalah Allah mendengar, mengetahui.
99. Dan sebahagian daripada orang-orang Arab gunung, ada yang percaya kepada Allah dan hari kemudian dan menganggap apa yang mereka belanjakan itu sebagai bakti-bakti disisi Allah dan sebagai doa dari Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya yang demikian, satu bakti bagi mereka, Allah akan masukkan mereka dalam rahmatnya, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
97. Orang-orang Arab gunung lebih keras (dalam) kekufuran dan kemunafikan dan lebih pantas tidak mengetahui batas-batas yang diturunkan oleh Allah kepada rasulnya, tetapi Allah mengetahui, bijaksana.
98. Dan sebahagian daripada orang-orang Arab gunung, ada yang anggap apayang mereka belanjakan itu sebagai denda, sambil menunggu peredaran zaman atas kamu, atas merekalah (akan jatuh) peredaran jelek, dan adalah Allah mendengar, mengetahui.
99. Dan sebahagian daripada orang-orang Arab gunung, ada yang percaya kepada Allah dan hari kemudian dan menganggap apa yang mereka belanjakan itu sebagai bakti-bakti disisi Allah dan sebagai doa dari Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya yang demikian, satu bakti bagi mereka, Allah akan masukkan mereka dalam rahmatnya, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
100. Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula dari antara Muhajirin dan Ansar dan
orang-orang yang turut mereka dalam kebaikan itu, Allah suka kepada mereka dan
mereka suka kepadanya, serta ia sediakan bagi mereka syurga-syurga yang
mengalir padanya beberapa sungai, dengan keadan mereka kekal padanya, kerana
yang demikianlah kemenangan yang besar.
101. Dan diantara orang-orang sekeliling kamu dari
Arab-Arab gunung ada beberapa munafikin, dan (bagitu juga) sebahagian dari
penduduk Madinah, mereka telah bisa didalam kemunafikan. Engkau tidak tahu
mereka, kami kenal mereka, kami akan azab mereka dua kali, kemudian mereka akan
dikembalikan kepada azab yang besar.
102. Dan
yang sebahagian lain nya mengakui akan dosa-dosa mereka, mereka campurkan amal
yang baik dengan yang jelek, mudahan Allah ampunkan mereka, kerana sesungguhnya
Allah itu pengampun, panyayang.
103.
Ambillah dari harta-harta mereka sedekah-sedekah yang engkau bersihkan mereka
dan sucikan mereka dengan nya, dan doakan lah mereka, kerana sesungguhnya doa
mu (adalah) satu ketenteraman bagi mereka, kerana Allah itu mendengar,
mengetahui.
104.
Tidak mereka tahu, bahawa Allah menerima taubat dari hamba-hamba nya dan ia
mengambil sedekah-sedekah, dan bahawa sesungguhnya Allah itu, ialah penerima
taubat, penyayang ?
105. Dan
katakan lah; “ beramallah, kerana nanti Allah dan Rasul nya dan mukmin buktikan amal kamu, dan kamu akan
dikembalikan kepada yang tahu barang ghaib dan barang yang hadir, lalu ia
terangkan kepada kamu apa yang kamu sudah kerjakan.
106. Dan
orang-oranng yang lain itu, dimundurkan kepada urusan Allah, mahu pun ia azab
mereka atau pun ia beri ampun kepada mereka, kerana Allah itu mengetahui,
bijaksana.
107.
Dan (bagitu juga) mereka yang adakan
masjid untuk menganggu, kerana kufur dan untuk memecah belahkan mukmin dan
sebagai tempat intipan bagi orang yang dahulu telah memerangi Allah dan Rasul
nya, tetapi mereka akan bersumpah; “tidaklah kami mahukan, melainkan kebaikan” pada hal Allah saksikan, bahawa
sesungguhnya mereka itu, orang-orang yang berdusta.
108.
Janganlah engkau sembahayang padanya selamanya (kerana) masjid (mu) yang didirikan
atas (dasar) takwa pada mula-mula nya, lebih patut engkau sembahayang padanya,
didalam nya ada beberapa orang laki-laki yang suka supaya mereka jadi bersih,
dan Allah suka kepada orang-orang yang bersih.
109. Maka
apakah orang yang diberikan pendirian (masjid) nya atas (dasar) takwa kepaaa
Allah dan (kerana) keredaan itu, lebih baik, ataukah orang yang diberikan
pendirian nya atas tepi jurung yang dalam, lalu pendirian itu membawa dia jatuh
kedalam api neraka ? dan Allah tidak akan
pimpin orang-orang yang zalim.
110.
Sentiasa pendirian mereka yang mereka dirikan, (jadi) ragu-ragu dalam hati-hati
mereka, kecuali (apabila) hancur hati-hati mereka, dan Allah itu mengetahui,
bijaksana.
111.
Sesungguhnya Allah telah mebeli dari mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta
mereka dengan (balasan), bahawa adalah bagi mereka syurga, (iaitu hendaklah)
mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai
satu perjanjian yang benar ditentang itu
(yang tersebut) dalam Taurat dan Injil dan Quran, kerana bukankah tidak ada
yang sempurna janjinya lebih daripada Allah ?
lantaran itu, bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan
kepadanya, kerana yang demikian, ialah bahagia yang besar.
112.
(Iaitu) orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang
mengembara, yang rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan, dan yang
melarang daripada kejahatan, dan yang menjaga batas-batas (larangan) Allah, dan
gembirakanlah mukmin.
113. Tidak boleh Nabi dan orang-orang
yang beriman, mintakan ampun bagi musrikin, walau pun mereka itu kaum kerabat
yang hampir, sudah terang bagi mereka, bahawa mereka (yang musrikin) itu ahli
neraka.
114. Dan
tidaklah ada astarafal (minta ampun) Ibrahim buat bapanya, melainkan kerana
perjanjian yang ia janjikan kepadanya, tetapi tetakala ternyata baginya, bahawa
bapanya musuh bagi Allah, maka ia berlepas diri daripadanya, sesungguhnya Ibrahim itu, pengasihan, sabar.
115. Dan tidak sekali-kali Allah menyesatkan
sesuatu kaum, sesudah ia pimpin mereka, kecuali setelah ia terangkan kepada
mereka apa yang mesti jauhi (lalu mereka
langar), kerana sesungguhnya Allah mengetahui taip-tiap sesuatu.
116.
Sesungguhnya Allah, baginya lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia
menghidupkan dan mematikan, dan tidak ada bagi kamu selain dari Allah, penjaga
dan tidak penolong.
117. Sesungguhnya Allah telah ampunkan Nabi dan Muhajirin
dan Ansar yang ikut dia pada waktu kesusahan, sesudah hampir terbalik hati-hati
segolongan dari mereka, kemudian Allah terima taubat mereka, kerana sesungguhnya
ia pengasih, penyayang kepada mereka.
118. Dan
(Allah ampunkan juga) orang yang ditinggalkan hingga diwaktu sempit bumi ini
bagi mereka, pada hal ia bagitu luas, dan sempit (pula) atas mereka hati-hati
mereka, serta mereka sangka, bahawa
tidak ada tempat lari dari Allah, melainkan kepadanya, kemudian Allah
terima taubat mereka, supaya mereka kembali (berbuat baik), kerana sesungguhnya
Allah, ialah penerima taubat, penyayang.
119. Hai
orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah dan masuklah dalam golongan
orang-orang yang benar.
120.
Tidak (patut) penduduk Madinah dan orang-orang yang sekeliling mereka dari Arab-Arab gunung,
ketingalan dari Rasul Allah, dan tidak (patut) mereka jauhkan diri-diri mereka
dari dirinya, yang demikian (ialah) kerana tidak akan mengenai mereka dahaga
dan tidak penat dan tidak lapar dijalan Allah dan tidak mereka menginjak tempat
yang bisa membikin orang-orang kafir marah dan tidak mereka dapat apa-apa
kepayahan dari musuh, melainkan ditulis bagi mereka, lantaran itu, (ganjaran)
amal yang soleh, kerana sesungguhnya Allah tidak sia-sia kan ganjaran
orang-orang yang berbuat kebaikan.
121. Dan
tidak mereka belanjakan satu belanja yang kecil dan tidak yang besar dan
tidak mereka melintas satu lembah, melainkan
ditulis (ganjaran) bagi mereka, kerana Allah mahu balas mereka dengan (balasan)
yang lebih baik dari apa yang mereka
kerjakkan.
122. Dan
tidak patut orang-orang mukmin keluar semuanya, tetapi alangkah baiknya jika
keluar sebahagian (sahaja) dari tiap golongan dari mereka supaya mereka
menerima pelajaran tentang agama, lalu mereka ancam kaum merkea apabila mereka
kembali kepada mereka supaya mereka bisa hati-hati.
123. Hai
orang-orang yang beriman ! perangilah mereka yang sekeliling kamu dari kafir-kafir,
dan hendaklah mereka dapati ada kekerasan pada kamu, dan ketahuilah, bahawa
seusngguhnya Allah bersama orang-orang yang berbakti.
124. Dan
apabila diturunkan satu surat, maka dari antara mereka (yang munafik), ada yang
bertanya; “siapakah dari antara kamu yang ditambah imannya oleh (surat) ini ?”
maka adapun orang-orang yang beriman, bertambahlah iman mereka, sambil mereka
merasa girang.
125. Dan
ada pun orang-orang yang dalam hati-hati
mereka ada penyakit, maka bertambah kekotoran atas kekotoran mereka itu, dan
mereka mati, pada hal mereka tidak percaya.
126. Dan tidak mereka perhatikan, bahawa mereka
dicoba pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua
kali, kemudian mereka tidak (juga) mahu taubat dan tidak mereka mahu
ingat ?
127. Dan
apabila diturunkan satu surat, maka sebahagian dari mereka melihat kepada
sebahagian (sambil berkata); “adakah siapa-siapa melihat kamu ?” kemudian
mereka berpaling pergi, Allah palingkan (pula) hati-hati mereka, kerana
sesungguhnya mereka itu satu kaum yang tidak mengerti.
128.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu
seorang Rasul dari antara kamu, berat baginya apa yang kamu susahkan,
(ia) sangat inginkan kebaikan bagi kamu,
(ia) pengasih, panyayang kepada mukmin.
129. Maka
sekiranya mereka berpaling katakanlah; “cukup Allah bagiku, tidak ada tuhan
melainkan dia, kepadaNya lah aku berserah diri, dan ia itu yang mempunyai aras
yang besar.
{10}
YUNUS
YUNUS
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Alif Laam Raa, ini
ayat-ayat dari kitab yang bijaksana.
2. Apakah manusia
hairan, bahawa kami telah wahyukan kepada seorang laki-laki dari antara mereka, iaitu; “ancamlah manusia, dan
girangkan lah orang-orang yang beriman bahawa bagi mereka ada persediaan
kebenaran pada sisi Tuhan mereka”, orang-orang kafir itu berkata; “sesungguhnya
ini satu ahli sihir yang nyata”.
3.
Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dalam
enam hari, kemudian ia bersemayam atas
aras, mengurus urusan nya, tidak ada siapa pun yang bisa menolong, melainkan
sesudah izin nya, itulah Allah, Tuhan kamu, lantaran itu, sembahlah dia, maka apakah kamu tidak mahu ingat ?
4.
Kepadanya lah tempat kembali kamu sekelian sebagai perjanjian Allah yang
benar, sesungguhnya ia jadikan makhluk,
kemudian ia kembalikan dia, untuk ia balas mereka yang beriman dan yang
mengerjakan amal soleh dengan adil, dan orang-orang yang tidak percaya, adalah bagi mereka minuman dari air
yang mendidih dan azab yang pedih, dengan sebab mereka telah kufur.
5. Ialah
yang jadikan matahari terang dan bulan bercahaya, dan ia tentukan perjalanan
nya, supaya kamu tahu bilangan tahun-tahun dan perhitungan, tidak Allah jadikan
itu semua melainkan dengan kebenaran, ia terang-terang kan tanda-tanda nya bagi
kaum yang mahu tahu.
6.
Sesungguhnya ditentang pertukaran malam dan siang, dan ditentang apa yang
dijadikan oleh Allah dilangit-langit dan dibumi, ada beberapa tanda bagi kaum
yang mahu berbakti.
7.
Sesungguhnya orang-orang yang tidak
percaya akan pertemuan kamu, dan suka kepada penghidupan dunia serta tenteram
dengan nya, dan orang-orang yang lalai dari (memikirkan) ayat-ayat kami.
8. Maka
mereka itu, tempat mereka ialah api neraka dengan sebab apa yang mereka telah usahakan.
9. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal soleh, Tuhan mereka pimpin mereka lantaran iman mereka, mengalir dekat mereka
beberapa sungai disyurga-syurga kesenangan.
10. Doa
mereka dalam (syurga-syurga) itu,
(ialah); “maha suci engkau, Hai Tuhan !” dan pujian mereka padanya; “sejahtera
! “ dan akhir doa mereka; “bahawa sekelian pujian kepunyaan Allah, pengurus
bagi sekelian makhluk”.
11. Dan
kalau Allah bersegera (mengkabulkan) bagi menusia (permintaan) kejahatan
sebagaimana mereka terburu-buru meminta kebaikan, nescaya dihabiskan ajal
mereka. Tetapi kami biarkan orang-orang yang tidak percaya kepada pertemuan
kami itu bingong didalam kesesatan mereka.
12. Dan
apabila kesusahan mengenai manusia, ia berdoa kepada kami sambil berbaring atau
duduk atau berdiri, maka tetakala kami hilangkan daripadanya kesusahan nya, ia
berjalan seolah-olah ia tidak pernah berdoa kepada kami buat menghilangkan
kesusahan yang mengenainya, demikianlah ditempatkan baik kepada orang-orang
yang melewati batas atas apa yang mereka kerjakan.
13. Dan sesungguhnya kami telah binasakan
beberapa kaum sebelum kamu, tetakala mereka berlaku aniaya, dan telah datang
kepada mereka Rasul-Rasul mereka (dengan membawa) keterangan-keterangan, tetapi mereka tidak
mahu percaya, demikianlah kami balas kaum yang berdusta.
14. Kemudian kami jadikan kamu pengganti dibumi
sesudah mereka untuk kami buktikan bagaimana kamu bekerja.
15. Dan
apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat kami yang terang-terang, maka
orang-orang yang tidak percaya kepada pertemuan dengan kami berkata; “bawalah
Quran selain dari ini atau gantilah dia”.
Katakanlah; “tidak ada hak bagi mu akan mengubah dia dengan kemahuan
diri ku sendiri, kerana aku tidak ikut, melainkan apa yang diwahyukan kepada ku, Sesungguhnya aku takut
– jika aku derhaka kepada Tuhan ku --- azab hari yang besar”.
16.
Katakanlah; “kalau Allah mahu, tentu aku
tidak bacakan dia kepada kamu dan tidak ia unjukkan (Quran) ini kepada kamu,
sesungguhnya aku sudah tinggal diantara kamu satu masa yang panjang sebelum
ini, tidakkah mahu kamu fikirkan ?”.
17.
Lantaran itu, bukankah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang adakan
dusta atas nama Allah atau yang dusta ayat-ayat nya ? sesungguhnya tidak lah
berbahagia orang-orang yang berdusta itu.
18. Dan
mereka sembah selain daripada Allah, suatu yang
tidak bisa memberi manfaat kepada mereka, tetapi merka berkata; “mereka
itu penolong-penolong kami pada sisi Allah”. Katakan; “apakah kamu mahu
terangkan kepada Allah apa yang ia tidak
tahu dilangit-langit dan dibumi?” maha suci ia, dan maha tinggi ia dari apa
yang mereka sekutukan.
19. Dan tidak ada manusia itu diahulunya, melainkan umat yang satu, lalu mereka
berselisihan, dan kalau tidak terdahulu
kalimat dari Tuhan mu, nescaya diberi keputusan antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan.
20. Dan
mereka berkata; “mengapakah tidak diturunkan atasnya satu mukzizat dari Tuhan
nya ?” maka katakan lah; ”sesungguhnya barang ghaib itu hanya bagi Allah, oleh
kerana itu, tunggulah, sesungguhnya aku bersama kamu daripada orang-orang yang menunggu”.
21. Dan
apabila kami rasakan manusia satu rahmat sesudah bahaya yang mengenai mereka, tiba-tiba ada pada
mereka tipu daya tentang ayat-ayat kami, katakan lah; “Allah lebih lekas
(membalas) tipu daya, sesungguhnya utusan-utusan kami menulis tipu daya yang kamu kerjakan”.
22. Ialah
yang jalankan kamu didarat dan dilaut sehingga apabila kamu ada dalam
kapal-kapal, dan kapal-kapal itu berjalan membawa mereka dengan angin yang
baik, dan mereka pun senang dengan itu, (tiab-tiba) datanglah kepadanya angin yang keras dan
datanglah (pula) kepada mereka ombak
dari taip-tiap jurusan serta mereka sangka, bahawa mereka diliputi oleh bahaya
maka berdoalah mereka kepada Allah dengan mengikhlaskan doa kepadanya; “jika
engkau selamatkan kami dari bahaya ini, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang berterima kasih
(kepada mu)”.
23. Tetapi sesudah ia selamatkan mereka, tiba-tiba
mereka melewati batas dibumi dengan tidak benar. Hai manusia ! sesungguhnya
kejahatan kamu itu, tidak lain melainkan (bacaan) atas diri-diri kamu sendiri,
(iaitu) perhiasan penghidupan dunia,
kemudian kepada kamilah tempat kembali kamu, maka kami akan terangkan kepada
kamu apa yang kamu telah kerjakan.
24. Perbandingan kehidupan dunia, tidak lain, melainkan seperti
air yang kami turunkan dari langit, lalu bercampur dengan dia tumbuh-tumbuhhan
bumi dari benda-benda yang dimakan oleh manusia dan binatang-binatang, hingga
apabila bumi menampak kan kebagusan nya dan terhias ia, serta disangka oleh
penanam-penanam nya, bahawa mereka bisa mengambilnya, datanglah hukuman kami pada
waktu malam atau siang, lalu kami jadikan dia habis seolah-olah kelmarin ia
tidak ada, demikian lah kami terang-terang kan (kebesaran) kami bagi kaum yang
mahu berfikir.
25. Dan
Allah menyeru (mereka) kepada tempat keselamatan dan ia pimpinan siapa yang ia
kehendaki kejalan yang lurus.
26. Bagi
orang-orang yang berbuat kebaikan itu (disediakah) kebaikan dan tambahan, serta
muka-muka mereka tiada tertutup dangan kehitaman dan tidak kehinaan, mereka itu
lah ahli syurga yang mereka akan kekal padanya.
27. Dan
orang-orang yang mengerjakan kejahatan-kejahatan (adalah) balasan
kejahatan(nya) sebanding dengan itu, dan akan mengenai mereka kehinaan, tidak
ada bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah.
Seolah-olah ditutup muka-muka mereka dengan beberapa potong dari gelap
malam yang gelita, mereka itu lah ahli neraka yang didalam nya mereka akan
kekal.
28. Dan (ingatlah) pada hari kami himpunkan
mereka semua, kemudian kami akan berkata kepada orang-orang musrikin; “tinggal
lah ditempat kamu (sekarang), kamu dan sekutu-sekutu kamu”, lalu kami pisahkan
antara mereka, dan berkata sekutu mereka; “tidak pernah kamu sembah kami”.
29. “Maka
cukuplah Allah sebagai saksi antara kami dan kamu, iaitu bahawa sesungguhnya
kami tidak tahu persembahan kamu (kepada kami)”.
30.
Disanalah akan merasa tiap-tiap jiwa apa yang ia telah kerjakan, kerana
dikembalikan mereka kepada Allah, penolong mereka yang sebenarnya, serta hilanglah
dari mereka apa yang mereka telah ada-adakan.
31. Tanyalah; “siapakah yang memberi rezeki kepada
kamu dari langit dan bumi ? atau siapakah yang menguasai pendengaran dan
pandangan-pandangan ? dan siapakah yang keluarkan barang yang hidup dari yang
mati dan keluarkan barang mati dari yang hidup ? dan siapakah yang mengatur urusan-urusan
itu ? “. Maka mereka akan berkata; “Allah”, maka katakanlah; “oleh itu, apakah
kamu tidak mahu berbakti ?”.
32. Yang
demikian ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya, maka bukankah sesudah
kebenaran, tidak ada lain, melainkan kesesatan ? lantaran itu, kemanakah kamu
akan dipalingkan ? “.
33.
Demikianlah berlaku kalimat Tuhan mu atas orang-orang yang melewati batas,
iaitu bahawa sesungguhnya mereka tidak akan beriman.
34.
Tanyalah: “adakah dari antara sekutu-sekutu kamu , siapa-siapa yang bisa jadikan
makhluk, kemudian bisa kembalikan dia?” katakan lah; “Allah lah yang menjadikan
makhluk, kemudian ia akan kembalikan dia, lantaran itu, bagaimanakah kamu
hendak dipalingkan ?”
35.
Tanyalah; “adakah dari antara sekutu-sekutu kamu itu siapa-siapa yang bisa
memimpin kepada kebenaran?” katakan lah; “Allah lah yang memimpin kepada
kebenaran. Maka apakah yang memimpin kepada kebenaran itu, lebih patut diturut
atau kah yang tidak bisa memimpin kecuali sesudah dipimpin ? mengapakah kamu
(bagitu)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?”
36. Dan kebanyakan dari mereka tidak ikut, melainkan sangkaan, sesungguhnya sangkaan
itu, sedikit pun tidak bisa mengalahkan kebenaran, sesungguhnya Allah mengetahui
apa yang mereka kerjakan.
37. Dan
tidaklah Quran ini (suatu yang) bisa diada-adakan oleh selain dari Allah,
tetapi (adalah ia) sebagai mencucuki khabaran (kitab) yang sebelumnya adalah
sebagai menerangkan kewajiban, tidak ada syak padanya, (yang ia) dari Tuhan
bagi sekelian makhluk.
38. Ataukah mereka mahu berkata; “ia yang
mengadakan itu ?” katakan lah; “bikinlah satu surah seperti ini dan panggil lah
siapa-siapa yang kamu bisa panggil selain dari Allah, jika memang kamu
orang-orang yang benar”.
39.
Bahkan mereka dustakan apa yang mereka belum tahu betul-betul dan belum datang
kepada mereka pengetahuan tentang akibatnya, demikianlah orang-orang sebelum
mereka dusta kan, maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melewati
batas !
40. Dan
sebahagian dari mereka ada yang percaya kepadanya, dan sebahagian dari mereka
ada yang tidak percaya kepadanya, tetapi Tuhan mu lebih mengetahui orang-orang
yang bebuat kebenaran.
41. Dan
jika mereka dustakan mu, maka katakanlah; “ bagi ku lah amal ku, dan bagi kamu lah
amal kamu, kamu berlepas diri dari apa yang aku kerjakan, dan aku (pun)
berlepas diri dari apa yang kamu kerjakan.
42. Dan
sebahagian dari mereka ada yang datang mendengarkan (ajaran) mu, tetapi apakah
engkau bisa bikin mendengar orang-orang yang tuli, walau pun mereka tidak mahu
fikirkan ?
43. Dan
sebahagian dari mereka ada yang melihat kepada mu, maka apakah engkau bisa
pimpin orang-orang yang buta, walau pun mereka tidak mahu melihat ?
44. Sesungguhnya Allah tidak menganiyai manusia sedikit
pun, tetapi manusia menganiyai diri-diri mereka sendiri.
45. Dan
pada hari yang ia akan himpunkan mereka, (merasa lah) mereka seolah-olah mereka
tidak tinggal (dikubur) melainkan satu saat dari siang, mereka akan
berkenal-kenalan antara mereka, sesungguhnya rugi orang yang mendustakan
pertemuan dengan Allah dan bukanlah mereka orang-orang yang terpimpin.
46. Dan
jika kami unjukkan kepada mu sebahagian dari (seksa) yang kami janjikan kepada
mereka atau kami terima (jiwa) mu maka kepada kamilah tempat kambali mereka,
kemudian Allah jadi saksi atas apa yang mereka kerjakan.
47. Dan bagi tiap-tiap umat ada rasulnya, maka
apabila datang Rasul mereka, dihukumkan antara mereka dengan adil dan mereka
tidak dianiayai.
48. Dan
mereka bertanya; “kapankah akan (terjadi) perjanjian ini, jika memang kamu
orang-orang yang benar?”
49.
Katakan lah; “aku tidak memiliki bagi diriku bahaya dan tidak menafaat,
melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah, tiap-tiap umat ada ajalnya, apabila
datang ajal mereka, maka tidak bisa mereka minta diundurkan sesaat dan tidak
bisa mereka minta dimajukan”.
50.
Katakan lah; “tidak kah kamu fikirkan (bagaimana dasyatnya) jika datang kepada
kamu azabnya pada waktu malam atau siang?” apakah yang diminta lekas oleh
orang-orang yang berdusta itu ?
51.
“Apakah kemudian, apabila sudah
kejadian, kamu akan percaya kepadanya ?
sekarangkah ? pada hal sesungguhnya kamu telah minta dilekaskan dia”.
52.
Kemudian akan dikatakan kepada orang-orang yang zalim; “rasakan lah azab yang
kekal, bukankah kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah
usahakan?” .
53. Dan
mereka akan bertanya kepada mu; “apakah betul ia ?” katakan lah; “ya, demi
Tuhan ku, sesunguhnya ia itu betul dan
kamu tidak bisa terlepas (daripadanya)”.
54. Dan jika (diandaikan) tiap-tiap jiwa yang
zalim memiliki sekelian apa yang ada
dibumi, tentu ia (suka ia) jadikan dia
penebus, dan mereka sembunyikan sesalan mereka, tetapi mereka lihat azab,
tetapi dihukum antara mereka dengan adil dan mereka tiak dianyanyai.
55. Ketahuilah, bahawa bagi Allah lah apa yang
ada dilangit-langit dan dibumi, dan ketahuilah bahawa perjanjian Allah itu
betul, tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
56. Ialah
yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadanyalah kamu akan dikembalikan.
57. Hai
manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu nasihat dari Tuhan kamu dan dan
penawar bagi (penyakit) yang ada dalam dada-dada (kamu)
dan (telah datang) pimpinan serta rahmat bagi orang-orang mukmin.
58.
Katakan lah; “dengan kurnia Allah dan dengan rahmatnya”, maka dengan itulah
hendak nya mereka bergirang, ia itu
lebih baik dari apa yang mereka
kumpulkan.
59.
Katakan lah; “bagaimanakah fikiran kamu (tentang) apa yang diturunkan oleh
Allah bagi kamu daripada kurnianya, lalu kamu jadikan dari antaranya haram dan
halal ?” katakan lah; “adakah Allah izinkan kamu atau kah kamu berdusta atas
nama Allah ? “.
60. Dan
apakah sangkaan orang-orang yang ada-ada kan dusta atas nama Allah tentang hari
kiamat ? sesungguhnya Allah yang mempunyai kurnia atas manusia, tetapi
kebanyakan dari mereka tidak berterima kasih.
61. Dan
tidak engkau ada dalam satu urusan dan tidak engkau baca satu bacaan dari (Quran) itu dan tiak
kamu kerjakan satu amal, melainkan adalah kami jadi saksi atas kamu, tetakala
kamu tertarik kepadanya, dan tidak terluput dari Tuhan mu (amal mu) sebesar biji sawi dibumi dan tidak dilangit,
dan tidak yang lebih kecil dari itu, dan tidak yang lebih besar, melainkan
(tertulis) dalam kitab yang nyata.
62.
Ketahuilah ! sesungguhnya pembantu-pembantu Allah, tidak ada ketakutan atas
mereka dan tidak akan mereka berduka cita.
63.
(iaitu) orang-orang yang beriman dan adalah mereka orang-orang yang berbakti.
64. Bagi
merekalah kegembiraan dipenghidupan dunia dan akhirat, tidak ada perubahan bagi
perjanjian-perjanjian Allah, yang demikian itulah kebahagian yang besar.
65. Dan
janganlah omongan mereka itu menyusahkan mu, kerana sesugguhnya kemuliaan itu
sekeliannya kepunyaan Allah, ialah yang mendengar, yang mengetahui.
66.
Ketahuilah! Sesungguhnya kepunyaan Allah lah apa-apa yang ada dilangit-langit
dan apa-apa yang ada dibumi, dan orang-orang yang meminta kepada yang lain dari
Allah itu tidak menurut sekutu-sekutu, tidak mereka turut, melainkan sangkaan, dan tidak lain mereka itu
melainkan orang-orang yang menduga-duga.
67. Ialah
yang jadikan bagi kamu malam, antara kamu bersenang-senang padanya, dan (ia
jadikan) siang itu terang, sesungguhnya pada yang demikian itu ada beberapa
tanda bagi kaum yang mahu mendengar.
68.
Mereka berkata; “Allah mempunyai anak”, maha suci ia, ialah yang maha kaya,
baginya lah apa-apa yang ada dilangit-langit dan dibumi, tidak ada disisi kamu,
keterangan tentang itu, apakah patut kamu berkata terhadap Allah, apa yang kamu
tidak tahu ?
69.
Katakan lah; “sesungguhnya orang-orang yang ada-adakan dusta atas nama Allah, tidak akan mendapat
kemenangan”.
70. (itu
hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada kamilah tempat kambali mereka,
kemudian kami akan rasakan kepada mereka azab yang pedih, lantaran kekufuran
mereka.
71. Dan bacakan lah kepada mereka khabar Nuh,
tetakala ia berkata kepada kaum nya; “ hai kaum ku ! jika adalah kedudukan ku
dan peringatan ku dengan ayat-ayat Allah, berat atas kamu, maka kepada Allah
lah aku berserah diri, lantaran itu, tetapkan lah urusan kamu dan sekutu-sekutu
kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu itu (jadi) ragu-ragu buat kamu,
kemudian sempurnakan lah (maksud kamu itu) kepada ku, dan janganlah kamu beri tempoh kepada
ku”.
72. “Maka
kalau kamu berpaling, tidaklah aku akan minta upah dari kamu, (kerana) tidak
ada upah ku melainkan terserah kepada Allah, kerana aku diperintah supaya aku
jadikan seorang dari orang-orang yanbg menyerah diri”.
73.
Tetapi mereka dustakan dia, lalu kami selamatkan dia dan orang-orang yang
bersama nya dalam kapal itu, dan kami jadikan mereka khalifah-khalifah, serta
kami tenggelamkan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat kami, lantaran
itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang diancam.
74. Kemudian kami utuskan sesudahnya, beberapa rasul
kepada kaum masing-masing, maka mereka
datang kepada mereka itu dengan (membawa)
keterangan-keterangan, tetapi tidak (juga) mereka mahu beriman kepada
apa yang (orang-orang tua) mereka dustakan dahulu, demikianlah kami tutup
hati-hati mereka yang melewati batas.
75. Kemudian kami utus sesudah mereka, Musa dan Harun
kepada Firaun dan kaumnya dengan (membawa) ayat-ayat kami, tetapi mereka
sombong, kerana adalah mereka itu kaum yang berdusta.
76. Iaitu
tetakala datang kepada mereka kebenaran dari kami, mereka berkata; “sesungguhnya
ini satu sihir yang nyata”.
77. Musa berkata; “adakah patut kamu berkata
tentang hak yang datang kepada kamu itu (sihir) ? Apakah ini sihir ? pada hal tidak lah akan menang ahli-ahli
sihir”.
78.
Mereka bertanya; “apakah engkau datang kepada kami untuk memalingkan kami dari
(agama) yang kami dapati bapa-bapa kami
(memeluknya), dan supaya ada bagi kamu berdua kebesaran dibumi ? dan
tidaklah kami akan percaya kepada kamu berdua”.
79. Dan
berkata Firaun; “bawalah kepada ku tiap-tiap ahli sihir yang pintar”.
80. Maka
tetakala datang ahli-ahli sihir, Musa berkata kepada mereka; “mulai lah apa
yang kamu mahu mulai”.
81. Maka
tetakala mereka mulai, Musa berkata;
“apa yang kamu bawa itu sihir, sesungguhnya Allah akan batalkan dia,
(kerana) sesungguhnya Allah tidak
membaguskan amal orang-orang yang membuat bincana”.
82. “Dan
Allah membenarkan barang yang benar dengan kalimat-kalimat nya, walau pun
dibenci oleh orang-orang yang berdusta”.
83. Maka
tidaklah beriman kepada Musa, melainkan anak cucu dari kaumnya dengan takut
kepada Firaun dan kaumnya, yang ia akan fitnahkan mereka, kerana sesungguhnya
firaun berkuasa dibumi dan sesungguhnya ia itu dari mereka yang melewati batas.
84. Dan
musa berkata; “hai kaum ku ! jika (benar) kamu beriman kepada Allah, maka
kepadanya lah hendaklah kamu berserah diri, jika betul-betul kamu orang-orang
yang menyerahkan diri”.
85. Lalu mereka berkata; “Kepada Allah lah
kami berserah diri, hai Tuhan kami ! janganlah engkau jadikan kami percubaan
bagi kaum yang zalim”.
86. Dan selamatkan lah kami, dengan rahmat
mu, dari kaum yang kafir”.
87. Dan
kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya; “hendaklah kamu berdua bikinkan bagi
kaum kamu beberapa rumah di Mashar, dan jadikan lah rumah-rumah kamu kiblat,
dan dirikan sembahayang, dan gembirakan lah orang-orang yang beriman”.
88. Dan
Musa berkata; “hai Tuhan kami ! sesungguhnya engkau telah beri kepada firaun
dan kaumnya, perhiasan dan harta dalam penghidupan dunia, hai Tuhan kami !
(pemberian mu itu) akibatnya untuk menyesatkan (manusia) dari jalan mu, Hai Tuhan kami ! binasakan lah
harta-harta mereka dan keraskan lah hati-hati mereka, supaya mereka tidak
percaya, sehingga mereka lihat azab yang pedih”.
89. Allah
berfirman; “Sesungguhnya telah diperkenankan permintaan kamu berdua, lantaran
itu, hendaklah kamu berdua tetap dijalan yang lurus dan janganlah kamu beruda
turut jalan orang-orang yang tidak tahu”.
90. Dan
kami telah jadikan Bani Isreal menyeberangi lautan itu, lalu firaun dan bala tentera nya ikut mereka
kerana hendak menzalami dan hendak
melewati batas, sehingga apabila ia hampir tenggelam, ia berkata; “aku beriman,
bahawa tidak ada Tuhan, melainkan yang dipercayai oleh bani Isreal dan aku ini
dari golongan orang-orang menyerah diri”.
91.
“Apakah sekarang (engkau mahu beriman), pada hal sesungguhnya engkau telah
derhaka dahulu, dan adalah engkau dari golongan orang-orang yang berbuat
bincana?”
92. “Maka
pada hari ini, kami selamatkan kamu dengan badan mu untuk jadi tanda bagi orang
yang dibelakang mu”, tetapi kebanyakan manusia lalai dari ayat-ayat kami.
93. Dan sesungguhnya kami telah tempatkan bani
Isreal ditempat yang patut dan kami telah kurniakan mereka beberapa barang
baik, maka tidaklah mereka berselisihan, sehingga datang kepada mereka
pengetahuan, sesungguhnya Tuhan mu akan
menghukum antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka selisihkan.
94. Maka jika
engkau didalam syak tentang apa yang kami turunkan kepada mu, tanyalah
orang-orang yang membaca kitab (agama) sebelum mu, sesungguhnya telah datang kepada
mu kebenaran dari Tuhan mu, oleh kerana itu,
janganlah engkau jadi dari (golongan) mereka yang ragu-ragu.
95. Dan
janganlah engkau termasuk golongan yang dustakan ayat-ayat Allah, kerana nanti
engkau jadi dari orang-orang yang rugi.
96.
Sesungguhnya orang-orang yang telah (jatuh) atasnya putusan Tuhan mu itu, tidak
akan beriman.
97. Walau
pun datang kepada mereka tiap-tiap, tanda sehingga mereka lihat azab yang
pedih.
98. Maka
bukankah tidak ada (penduduk) satu negeri beriman lalu iman nya itu memberi manfaat
kepadanya, melainkan kaum Yunus ? tetakala mereka beriman, kami angkat dari mereka azab kehinaan
dipenghidupan dunia dan kami senangkan mereka sampai satu masa.
99. Dan
jika dikehendaki olah Tuhan mu, tentu beriman semua manusia yang ada dibumi,
lantaran itu patutkah engkau hendak paksa manusia sampai mereka jadi mukmin ?
100. Dan
tidaklah seseorang akan beriman,
melainkan dengan izin Allah, dan ia adakan seksaan atas mereka yang tidak mahu
fikirkan.
101.
Katakan lah; “fikirkan lah apa yang ada dilangit-langit dan bumi, kerana tidak
lah berguna tanda-tanda dan ancaman-ancaman bagi kaum yang tidak mahu percaya”.
102. Maka
bukan kah mereka tidak menunggu melainkan (seksaan) sebagaimana
kejadian-kejadian (atas kaum) yang telah terdahulu sebelum mereka ? katakan
lah; “tunggulah ! sesungguhnya aku bersama kamu dari golongan orang-oranng yang
menunggu”.
103.
Kemudian kami akan selamatkan
Rasul-Rasul kami dan orang-orang beriman, demikianlah wajib atas kami
menyelamatkan mukmin.
104.
Katakan lah; “hai manusia ! jika adalah kamu didalam syak tentang agama ku, (tidaklah
aku peduli), lantaran itu, aku tidak akan sembah mereka yang kamu sembah selain
dari Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku
diperintah supaya sampai termasuk dalam (golongan) mukmin”.
105. “Dan
(aku diperintah): “hadapkan lah, muka mu kepada agama itu dengan ikhlas, dan
janganlah engkau termasuk (golongan) musrikin”.
106. Dan
janganlah engkau seru –- selain dari Allah –- apa yang tidak bisa membei menafaat kepada mu
dan tidak bisa mensyaratkan mu, oleh kerana itu, jika engkau kerjakan, maka
sesungguhnya engkau diwaktu itu, dari (golongan) orang-orang yang zalim.
107. Dan
jika Allah kenakan bahaya kepada mu, maka tidaklah ada yang bisa melepaskan nya
melainkan dia, dan jika ia mahukan
kebanyakan bagi mu, maka tidaklah ada yang
bisa tolak kurnianya, ia kenakan (kebanyakan) kepada siapa yang ia kenhendaki antara
hamba-hamba nya, kerana ialah pengampun, penyayang.
108.
Katakan lah; “ hai manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu kebenaran
dari Tuhan kamu, lantaran itu, barang siapa mengambil petunjuk, maka tidak ia
mengambil pertunjukan melainkan untuk dirinya sendiri, dan barang siapa sesat
maka sesungguhnya ia sesat buat kecelakaan dirinya, dan bukanlah aku penjaga
atas kamu”.
109. Dan
turutlah yang diwahyukan kepada mu , dan sabarlah hingga Allah menghukum,
kerana ia itu sebaik-baik penghukum.
{11}
HUD
HUD
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Alif Laam Raa, (inilah satu) kitab yang dibereskan
ayat-ayat nya, kemudian diterang-terangkan dia, yang (datangnya) dari (Tuhan)
yang bijaksana, yang amat mengetahui.
2.
“Bahawa janganlah kamu sembah, melainkan Allah, sesungguhnya aku ini, pengancam
dan pengemar bagi kamu daripadanya”.
3.”Dan hendaklah kamu minta ampun kepada Tuhan
kamu, kemudian kembalilah kepada nya, tentu ia akan beri kepada kamu satu
kesenangan yang baik hingga satu masa
yang tertentu, dan tentu ia berikan ganjaran nya kepada tiap-tiap orang yang mempunyai kebaikan dan jika kamu
berpaling, maka sesungguhnya aku takut (dikenakan) atas kamu azab hari yang
besar”.
4.
“Kepada Allah lah tempat kambli kamu, dan ia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
5.
Ketahuilah, sesungguhnya mereka palingkan dada-dada mereka untuk bersembunyi
daripadanya, ketahuilah bahawa waktu mereka pakai pakaian mereka, ia tahu apa
yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka terangkan, kerana sesungguhnya ia
mengetahui apa yang ada didalam dada-dada.
[Previous Site][Next Site][Home]