Friday, 5 July 2019

Al-Imran Ayat 156



Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 156:
 .
Ringkasan tafsir; 

Lanjutan dari ayat diatas (4.3.155), Allah menerangkan keadaan orang yang kufur apabila berlakunya kekalahan Mukmin dalam perang Uhud yang didorong oleh hasutan syaitan yang mengelincirkan mereka. Dan Allah berpesan kepada Mukmin, “Janganlah kamu Mukmin berkeadaan seperti orang kufur”.

Mereka kufur itu telah berkata, “kalaulah mereka menetap sahaja bersama mereka dan tidak pergi berperang, tidaklah mereka itu mati terbunuh”. Maka oleh itu mereka itu digelar Allah dalam ayat ini sebagai orang yang kufur iaitu “orang yang tidak percaya”.

Demikianlah Allah menjelaskan bahawa setiap ajal yang telah ditetapkan oleh Allah  tidak berselisih sedikit pun waktunya menghadapi saat kematian makhluk apabila tiba masanya.

(lihat ayat 4.3.168


[Previous] [Next

.

Khatam Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160,
[GS]
https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      




via,
nubhan4u@gmail.com
(recover, SmartHerbsCom@gmx.com).


Tuesday, 20 September 2016

Surah AlBaqarah (228)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 228:
 ,
Ringkasan tafsir;

Ada pun dalam ayat ini membicarakan dua perkara penting;

1. Suami boleh “rujuk kembali” kepada isteri semasa dalam “idah”.
2. Isteri mesti tunggu tempoh idah itu selama tiga kali datang haid berserta bersuci, apabila hendak mendirikan rumah tangga dengan suami yang baru.

.
Ada pun idah bercerai hidup itu ada 3 jenis;

1. Perempuan hamil, idahnya tamat selepas bersalin.
2. Perempuan tidak hamil, idahnya 3 kali datang haid serta bersuci.
3. Perempuan putus haid,
3.1. anak kecil belum culup umur belum ada haid, idahnya tiga bulan
3.2. perempuan berumur putus haid, idah nya 3 bulan


Ada pun bercerai mati;
1. Perempuan hamil, idahnya tamat selepas bersalin.
2. Perempuan tidak hamil, idahnya  4 bulan 10 hari.


Ada pun bercerai sebelum bersetubuh;

Tiada ada edah bagi perempuan yang berkhawin tapi masih belum bersetubuh lagi dengan suami nya.


Oleh yang demikian suami isteri baru bercerai itu hendaklah rujuklah kembali semasa dalam edahnya, dan jika terlewat maka hendaklah bernikah sekali lagi bagi menghalalkan perkhawinan tersebut.  Adalah lebih patut isteri memberi keutamaan kepada suami untuk rujuk kembali kepadanya demi kepentingan masa depan keluarga agar lebih selesa dimasa hadapan.

.
.

 
[Previous] [Next


Sumber,
Terjemahan, 221~230,
[GS]
https://t.co/qYY3L7uP40
Ulasan surah 2;
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr
 

 




via,
nubhan4u@gmail.com
(recover, SmartHerbsCom@gmx.com).